Semalam, DC Comics telah menayangkan secara serentak seluruh dunia filem adiwira pertama mereka pada tahun ini, Shazam! 4 bulan selepas filem Aquaman ditayangkan.

Shazam! Salah Satu Filem Terbaik DC 

Ramai yang tertanya adakah DC berjaya menambat hati penonton dengan menampilkan Shazam! dalam jangkauan masa yang agak singkat dan ‘berbahaya’ iaitu bulan yang sama terkandung pelbagai filem berskala mega seperti Hellboy dan Avengers : EndGame. Bagi kami selepas menonton filem ini, DC berjaya meletakkan Shazam! dalam kelompok filemnya yang terbaik.

Suka untuk kami imbas kembali sinematografi ‘nakal’ yang dibuat DC menerusi filem Suicide Squad dimana mereka membawa sisi lain sebagai seorang adiwira. Meskipun Shazam! edisi filem agak sedikit berbeza dan rasa janggal dengan komik, namun ianya masih lagi seronok untuk ditonton. Di dalam filem adiwira ini, pelbagai genre dan elemen telah bergabung dan disusun dengan baik. Namakan sahaja genre seperti aksi yang mencemaskan, fiksyen yang hebat ianya ditampilkan menerusi satu jalan cerita yang memuaskan. Malah adegan lucu juga harus dipuji kerana jarang sekali untuk melihat seorang adiwira yang hebat terkenal dengan sisi lucunya.

Spoiler! 

Spoiler alert! Biarpun begitu, penonton akan sedikit keliru dengan kemunculan adiwira yang lain memandangkan pada permulaan filem adiwira yang lain, hanya satu watak akan difokuskan. Tidak seperti Shazam! Ianya seperti telah ‘all out’ biarpun ini adalah filem pertama mengenainya dan kesinambungan juga turut dipertontonkan menerusi post credit pada pengakhirannya. Secara keseluruhan kami letakkan Shazam! sebagai filem kedua terbaik DC selepas Wonder Woman.

Sinopsis Shazam!

Shazam! berkisah tentang seorang anak yatim piatu bernama Billy Batson yang sering melarikan diri dari rumah ibu bapa angkat demi mencari ibu kandungnya. Suatu hari, dia telah dibawa ke dunia ghaib bertemu dengan seorang ahli sihir yang memiliki pelbagai kuasa dan memilih Billy sebagai pewaris. Filem ini dibintangi oleh Asher Angel dan Zachary Levi yang berperanan sebagai Billy Batson atau Shazam.

Mark Strong sebagai Dr. Thaddeus Sivana karakter antagonis yang merupakan salah satu orang terpintar yang menyalahgunakan kemampuannya untuh anasir jahat. Jack Dylan Grazer sebagai Freddy atau Frederic Freeman saudara angkat dan sahabat karib Billy, Djimon Hounsou Sebagai The Wizard Shazam seorang penyihir yang mengubah Billy.