Google telah mengemaskini Android Beta 2 dengan fungsi feature terbaru. Sistem ini boleh di cari menerusi enjin carian dan dalam masa yang sama Google juga mengeluarkan update SDK terbaru untuk developer.

Pengemaskinian kali ini di datangi dengan beberapa fungsi feature terbaru seperti multitasking chat bubbles dan emulator bagi telefon bimbit lipat!

Foto: India Today

Jika anda pengguna Facebook Messenger dan anda dengan mudah mendapati fungsi chat bubbles ini lebih kurang sama. Android Beta 2 ini membawakan fungsi chat kepada sistem chat dengan multitasking.

Foto: Android Community

Seperti Messenger, chat bubbles ini akan terapung dan mengekalkan perbualan sementara membolehkan anda untuk menukar penggunaan aplikasi yang lain. Secara ringkasnya anda boleh berinteraksi dan bermesej dalam masa yang sama anda juga boleh membuka aplikasi lain dan meneruskan kerja anda.

Android Q Beta 2 ini boleh di muat turun menerusi ke semua produk Google Pixel. Feature yang telah di kemaskini ini mempunyai kawalan sentuhan, sharing menu yang telah di naik taraf serta lebih banyak kawalan dari segi audio. Dan tidak lama lagi akan lebih banyak lagi pengemaskini bagi telefon OS tahun ini!