Bekas tunang kepada Awie Rafael tidak ambil pusing dengan sebarang kritikan atau kata-kata negatif yang dilemparkan oleh netizen terhadapnya, Atikah Suhaime menerusi Instagram memuatnaik video pendek yang ditujukan khas untuk golongan yang gemar mengecamnya di laman tersebut.

“Halo bawang rangers, this is for you. Yassss πŸ’πŸ»β€β™€οΈ #netizens #makcikbawang #Idontcare πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ and as for my fans, I love you always. ❀️. Whatever, hukum saya keep on hukum sesiapa, sebab itu adalah kehidupan korang and I don’t care,” Tulis Atiqah.

Bagaimanapun, tindakannya itu telah disalah anggap sesetengah pengkiut sehingga mengaitkan kematiannya kelak juga tidak perlu dipedulikan.

Justeru itu, Atikah terpaksa menjelaskan semula maksud sebenar video tersebut iaitu merujuk kepada kata-kata negatif daripada netizen.

“Bukan soal mati. Di sini saya nak sampaikan, hiraukan apa orang nak cakap fasal kita. Sebab kalau kita positif, Insya-Allah hidup kita akan bahagia. Itulah saya ucapkan I don’t care!,” jawabnya pada muatnaik video berdurasi kurang 10 saat yang menerima lebih 200,000 tontonan dan lebih 500 komen pengikut.

Pada 15 Mac lalu, Atikah dan penyanyi Awi Rafael sepatutnya mendirikan rumah tangga namun mereka membatalkan perkahwinan secara mengejut selepas setahun bertunang. Hangat.com mendoakan agar Atikah tabah menempuhi segala rintangan serta cabarang yang mendatang.

BACA  [VIDEO] Awi Rafael Sebak Ziarah Pesakit Kanser Tulang