Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang diadakan di kampung Aidil di Rembau, Negeri Sembilan.

Diadakan Dengan Penuh Adat 

Majlis yang diadakan bertemakan adat melayu dan budaya Negeri Sembilan diadakan dengan cukup meriah.

Saling tidak ubah seperti majlis perkahwinan dahulu kala, majlis tersebut juga seolah-olah bagaikan sebuah pesta keramaian dengan kehadiran penduduk kampung yang saling bergotong-royong menjayakan majlis tersebut.

Dipuji Netizen 

Selain dari busana perkahwinan mereka yang dilihat cukup cantik, upacara kandar/tandu yang meraikan pasangan mempelai ini juga menarik perhatian. Malah selesai sahaja majlis bertandang itu, pasangan ini dilihat telah membasuh periuk dan kelengkapan majlis sama seperti adat terdahulu yang merujuk kepada adat membasuh periuk belanga usai majlis perkahwinan yang diadakan secara rewang.

Rata-rata netizen dan peminat memuji pasangan ini kerana mengembalikan adat melayu lama yang semakin dilupakan.

BACA  [VIDEO] Lihat Detik Fasha Sandha Umum Kejutan Hamil Buat Aidil Aziz