Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle, diketahui telah mencipta akaun Instagram rasmi sejak awal bulan ini. Sekejap saja, akaun rasmi bernama @sussexroyal tersebut dah berjaya memecahkan rekod lantaran meraih 1 juta folllowers hanya dalam waktu 5 jam 45 minit.

Bukan itu saja, sehingga artikel ini ditulis, akaun tersebut rupanya sudah diikuti oleh sekitar 4.3 juta followers. Setakat ini, @sussexroyal sudah mengongsikan sembilan posting, di mana sebahagian besar berisi kunjungan Kerajaan yang dilakukan oleh Harry dan Meghan.

Namun di balik populariti @sussexroyal ini, khabar terbaru justru menyebut bahawa akaun tersebut merupakan hasil “curian”. Baru-baru ini, Harry dan Meghan dituduh telah merampas nama akaun itu dari seorang guru memandu di Worthing, England.

BACA  Priyanka Chopra Jawab Dakwaan Bergaduh Dengan Meghan Markle

Dipetik dari  Aceshowbiz, guru memandu kereta itu bernama Kevin Keiley tersebut sebelum ini telah memiliki dan mengendalikan akaun Instagram bernama @sussexroyal selama tiga tahun. Akaun tersebut didedikasikan untuk menyokong kelab bola sepak Reading FC yang berada di daerah West Sussex, dan memiliki julukan Royals.

Guru memandu kereta itu bernama Kevin Keiley tersebut sebelum ini telah memiliki dan mengendalikan akaun Instagram bernama @sussexroyal selama tiga tahun.

Namun selepas Meghan dan Harry membuka akaun Instagram dengan nama @sussexroyal, akaun milik Kevin tiba-tiba digantikan menjadi @_sussexroyal_. Hal ini  diberitahu oleh anak lelakinya bahawa nama akaun @sussexroyal kini dikuasai oleh pasangan Duke dan Duchess of Sussex.

“Aku menerima pesanan dari anak lelaki ku yang berisi, ‘Ha ha, aku lihat akaun ayah sudah hilang’,” ungkap Kevin, yang kemudian segera memeriksa akaun miliknya dan terkejut. “Akaun milikku telah diambil,” lanjutnya.

Meski demikian, Kevin mengakui bahawa akaunnya tak memiliki banyak followers dan memang jarang memuatnaik gambar baru. Akan tetapi, hingga kini pihak Kerajaan Inggeris sama sekali belum menghubunginya atas pengalihan nama akaun tersebut.

BACA  Konsert Westlife Di Malaysia Berlangsung Selama Dua Hari Pada Ogos Ini!