Google bakal mengeluarkan telefon bimbit kategori mid-range level yang di kenali sebagai Google Pixel 3a dan Google Pixel 3a XL. Maklumat mengenai telefon baru ini tersebar adalah kerana nama telefon bimbit tersebut muncul di laman website Google sendiri.

Foto: Hi Tekno

Di laman website tersebut terdapat navigasi yang menampakkan bahagian “Phone”, melihat di bahagian “Phone” tersebut, tersusun beberapa nama telefon bimbit dan ini termasuklah Google Pixel 3a dengan perkataan “NEW” di tepi label tersebut.

Foto: Ms Power User

Dan Google juga memasukkan casing terbaru untuk telefon terbaru Pixel 3a yang di perbuat dari fabrik yang sama seperti casing telefon Pixel 3.

Menariknya, Google Play developer telah memasukan maklumat untuk klasifikasi kedua-dua telefon bimbit tersebut di dalam sistem. Dan pihak developer telah mengelaskan “Bonito” dan “Sargo” sebagai codename untuk telefon Pixel 3a dan Pixel 3a XL.

Foto: Dam Zone

Kedua-dua telefon bimbit ini akan mempunyai prosessor Android 9 Pie dengan kapasiti 4GB RAM. Telefon dengan codename “Bonito” ini memiliki 1080 x 2160 display dengan 400 dpi dan manakala “Sargo” memiliki 1080 x 2220 display dengan 440 dpi sebagai ukuran resolusi skrin telefon bimbit.

Dari aspek penggunaan cip pula, ia tidak di ketahui buat masa sekarang.Dan masih belum ada sebarang perkongsian rasmi daripada Google tentang keberadaan telefon baru ini tetapi apa yang pasti telefon Google Pixel 3a ini pasti akan muncul di pasaran dunia dalam masa yang terdekat ini, sama-sama kita nantikan!