Duchess of Sussex Meghan Markle kini hanya ‘menunggu hari’ untuk melahirkan anak sulungnya bersama Putera Harry. Pasangan diraja ini mendirikan rumahtangga dalam sebuah istiadat yang penuh gilang gemilang pada 19 Mei 2018.

Palsukan Kehamilan?

Namun begitu, di sebalik kegembiraan menantikan cahaya mata itu, muncul pula khabar angin di mana sumber antarabangsa melaporkan bahawa Meghan sebenarnya tidak hamil. Dakwaan itu mengaitkan bekas selebriti itu memalsukan kehamilannya dengan memakai ‘baby bump’ prostetik dan turut didakwa menggunakan kaedah ibu tumpang untuk melahirkan anaknya bersama Putera Harry.

Pelbagai Teori Mengenai Meghan 

Terdahulu, hangat memperkatakan mengenai gambar Meghan yang dikatakan telah tertinggal ‘baby bump’ miliknya di New York. Namun begitu , wanita tersebut adalah rakannya yang juga pelakon, Abigail Spencer.

Dalam dakwaaan yang mengatakan Meghan tidak hamil, sebuah akaun YouTube telah mendedahkan rakaman bukti video dan teori berkaitan kehamilan tersebut. Apa pun disebalik khabar angin tersebut, ramai yang teruja untuk menantikan kelahiran bayi diraja ini kerana terdapat khabar angin lain mengatakan bahawa Meghan bakal melahirkan bayi kembar.