Menepati ramalan, single terbaharu Blackpink yang berjudul Kill This Love terus mencatat beberapa rekod unggul mereka sejak dilancarkan.

Cipta Sejarah 

Selepas menjadi kumpulan wanita pertama menduduki tangga teratas US iTunes selepas 15 tahun rekod tersebut dipegang oleh Destiny’s Child pada 2004, Kill This Love turut mencatat sejarah sebagai “the fastest music video ever to hit 100 million views” dan turut diiktifaf sebagai video tontonan paling banyak ditonton dalam masa 24 Jam dalam sejarah YouTube.

Bakal Muncul Di Layar Skrin Gergasi 

Kini, Blackpink terus unggul mencipta nama apabila mereka bakal membuat persembahan di Coachella bersempena dengan ulangtahunnya yang ke-20 pada Jumaat.

BACA  Merdu! Anak Perempuan Kurt Cobain Tunjuk Bakat Nyanyian di Instagram

Persembahan itu sekali gus menobatkan mereka sebagai kumpulan penyanyi wanita Korea pertama yang bakal membuat persembahan disitu. Menyusuli kejayaan mereka, pihak YouTube telah membuat sesuat yang istimewa dimana persembahan mereka itu akan ditayangkan secara langsung pada skrin gergasi Time Square, New York jam 11.50 waktu New York.

Skrin gergasi yang terdiri dari 8 blok itu turut dikenali warga kota sebagai “The Beast”