Pada bulan Februari ini, Samsung telah memperkenalkan empat buah model telefon Galaxy S10 dengan perbezaan dari segi skrin saiz dan fungsi feature. Dan kini syarikat gergasi elektronik daripada Korea ini akan melancarkan telefon Galaxy Note 10 dengan dua jenis variasi yang berbeza!

Foto: Otaku Kart News

Galaxy Note 10 bakal di lancakan ini memiliki dua variasi saiz yang berbeza. Variasi yang pertama adalah telefon dengan skrin yang berkeluasan 6.28 inci dan bagi telefon variasi yang kedua pula adalah skrin yang berukuran 6.75 inci.

Foto: Digital Trends

Kedua-dua variasi ini memiliki standard LTE dan jaringan internet 5G dan apa yang menariknya di kedua-dua variasi ini memiliki kapasiti RAM dan simpanan storan yang berbeza dan pastinya akan menjadi keluaran telefon yang paling hit di pasaran pada tahun ini nanti!

Foto: Android PIT

Selain itu, dari aspek fungsi kameranya juga tidak kurang hebatnya dengan empat sensor lensa kamera dan salah satu darinya memiliki fungsi sensor Time-Of-Flight (TOF).

Telefon ini telah pasti akan keberadaannya cuma tiada maklumat rasmi yang di keluarkan buat masa ini dan di jangka pada bulan Ogos atau Septem Samsung bakal mengadakan upacara perasmian telefon Galaxy Note 10 ini. Pastikan anda tunggu kemunculan gajet canggih ini!