Realme 3 merupakan target terbaik bagi yang ingin mencari telefon dalam kategori mide range level dengan fungsi yang unggul dan harga yang berpatutan! Ianya kedengaran seperti berlebihan tetapi banyak pengeluar telefon bimbit kini, mengeluarkan telefon bimbit yang mempunyai kebolehan seakan-akan telefon high end level!

Foto: Realme

Dan Realme 3 merupakan salah satu telefon yang mempunyai aspek high end yang tersendiri dan ianya berbaloi untuk di masukkan ke dalam senarai pencarian jika anda benar-benar ingin mencari telefon kategori mid range level dengan fungsi high end.

Foto: Realme

Realme 3 yang di perkasa dengan cip daripada MediaTek Helio P60 AI prosessor dan telefon ini juga memiliki skrin yang berkeluasan 6.22 inci dengan Dewdrop display. Bukan itu saja, telefon ini juga menggunakan ColorOS 6.0 + Android P sebagai perisian yang memberikan kelainan yang berbeza.

BACA  OPPO Reno Buka Pre-Order & Miliki Tiga Variasi Telefon
Foto: Realme

Dari aspek kapasiti bateri pula telefon ini memiliki 4230 mAh tenaga bateri. Malah rekaan Gradient Unibody telefon ini juga memukau mata yang memandang. Rekaan yang dinamik ini membuatkan badan telefon ini selasa untuk di pegang atau di genggam.

Foto: Realme (Nightscape)
Foto: Realme (Chrome Boost feature)

Selain itu, fungsi kameranya juga memukau pecinta seni fotografi dengan pengalamn yang diberikan menerusi lensa kamera ini. Lensa kamera utama memiliki 13MP+2MP yang merupakan dual kamera dengan f/1.8 ini mampu menghasilkan foto yang gempak dengan penggunaan Nightscape dan Chrome Boost menampilkan panorama yang luar biasa.

Manakala lensa kamera selfie di bahagian hadapan ini memiliki 13MP dengan master AI prosessor Helio P60 memberikan pengalaman bergambar menjadi lebih menyeronokkan.

BACA  Hyundai Bakal Keluarkan Genesis Mint Kereta Elektrik Yang Futuristik

Jadi bagi yang sedang mencari telefon bimbit kategori mid range level, anda mungkin boleh memasukkan telefon Realme 3 di dalam senarai carian anda dan harganya cuma RM599 sahaja!