Rambut adalah mahkota wanita yang membuat mereka tampil cantik nan menawan. Namun pelakon dan Model sensasi, Alicia Amin telah mengejutkan pengikut Instagramnya apabila memuat naik beberapa keping foto berkepala separa botak.

Foto: @hangriii

Penampilan terbaru bekas peserta Asia’s Next Top of Model Musim (ANTM) ke-5 ini dilihat selepas sebuah foto dia bersama seorang lagi model wanita menjalani sesi fotografi. Dalam keterangan di foto tersebut, Alicia Amin mempersoalkan mengapa ramai yang menganggap wanita yang memilih untuk botak kepala sesuatu hal yang negatif.

Biarpun memuat naik gambar dirinya dalam keadaan botak, Alicia masih lagi menerima banjiran pujian dari peminat dan pengikutnya. Rata-rata mengatakan yang walaupun dia tidak mempunyai sebarang rambut, model itu kekal menawan.

BACA  Kontroversi Ayat Al-Quran Pada Busana Chanel Antara 11 Fakta Karl Lagerfeld Semasa Hidup