Bintang popular dari Indonesia, Raline Shah dikatakan sangat rapat dengan salah anggota kumpulan Big Bang yang kini terlibat skandal pelacuran, yakni Seungri. Baru-baru ini, pesta ulang tahun Seungri di Filipina yang juga dihadiri oleh Raline kembali diselidik.

Dipetik dari Soompi, dalam pesta tersebut, ada 8 wanita yang disewa Seungri untuk menyediakan layanan pelacuran. Oleh kerana turut hadir dalam pesta ulang tahun Seungri, foto Raline juga terpampang di salah satu media Korea Selatan meskipun dikaburkan.

Foto Raline terpampang di salah satu media Korea Selatan meskipun dikaburkan.

Raline yang juga merupakan Pengarah AirAsia Indonesia ini diduga juga akan turut dipanggil untuk penyiasatan kerana hadir dalam pesta ulang tahun Seungri tersebut.

BACA  Sekual Winter Sonata Bakal Kembali Selepas 20 Tahun Ditayangkan!

Dakwaan ini muncul ketika pihak Polis kota Seoul menyatakan telah memeroleh senarai tetamu di pesta ulang tahun Seungri sebagai sebahagian dari penyelidikan.

Muatnaik Instagram terbaru Raline bersama kawan-kawannya di Los Angeles, California dibanjiri protes oleh para peminatnya. Para netizen rupanya salah sangka bahwa Raline dianggap sebagai salah satu wanita pelacur yang disewa Seungri. Oleh sebab itu, netizen juga meminta Raline untuk menuntut media korea tersebut kerana telah mencemarkan nama baiknya.

BACA  Blackpink Catat Sejarah! Artis K-Pop Paling Banyak 'Subscriber' Di YouTube
Artikel Sebelumnya8 Foto Penampilan Terbaru Alicia Amin Dengan Imej ‘Botak’
Artikel SeterusnyaAzar Azmi Kongsi Pengalaman Babak ‘Panas’ Dengan Syafiq Kyle
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.