Nama wanita berusia 28 tahun ini semakin popular selepas dia muncul dengan watak seorang pelacur dalam drama rantaian Nur 2. Walaupun beliau dilihat berjaya memegang watak berani tersebut namun Azar Azmi akui watak ini memang memberi impak yang positif kepada kerjaya serta popularitinya.

Dalam sebuah kenyataannya di Utusan Online, Azar berkata, watak sebagai pelacur bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakonkan. Dia akui antara hal menyukarkan adalah cara pergerakan tubuh serta tangan, cara bercakap yang menggoda dan meleret-leret, senyuman dan segalanya perlu digayakan sebagai seorang pelacur.

Azar akui, babak intim bersama Syafiq Kyle di dalam kereta adalah salah satu hal yang sangat mencabar. Dia terpaksa berbincang dengan Syafiq berjam-jam demi mendapatkan lakonan yang berkesan.

“Babak yang paling mencabar sudah tentu adegan intim dalam kereta. Saya memerlukan masa berjam-jam berbincang dengan Syafiq Kyle dan pengarah bagaimana mahu membuat masyarakat memahami situasi yang berlaku dengan menggunakan teknik permainan kamera.

“Apabila sebut sahaja pelacur, masyarakat sudah boleh membayangkan karakter menggoda dan pakaian yang digayakan. Apatah lagi ada adegan babak ‘panas’ bersama ustaz.”-katanya kepada Utusan Online

Pada masih belum mengenali pelakon berbakat ini, Azar sebelum ini pernah muncul dalam beberapa buah drama popular seperti, Suri Hati Mr. Pilot, Fatamorgana, Mr. Boss Miss Stalker, Tiada Arah Jodoh Kita, Isteri Untuk Diiktiraf dan banyak lagi. Sudah pasti, kemunculan terbaru dalam Nur 2 akan melonjakkan namanya ke peringkat lebih tinggi.

BACA  [VIDEO] Marsha Milan Gagal Menahan Sebak Sewaktu Lancar Lagu Bimbang