Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan primadona Malaysia, Erra Fazira, pasti anda akan dapar lihat telatah satu-satunya anaknya, Engku Aleesya yang fasih berbahasa Inggeris.

Semalam, Erra telah pun memuat naik sebuah video Aleesya membuat pengumuman mengenai keputusan pemenang peraduan yang dibuat oleh ibunya di laman Instagram @errafazira.

Aksi Aleesya petah berkata-kata membuatkan ramai yang melihat kanak-kanak tersebut sungguh berbakat untuk menjadi seorang selebriti pada masa akan datang. Tidak kurang pula, rata-rata mereka yang memuji kefasihan Ammar menyampaikan pengumuman tersebut dalam bahasa Inggeris dengan slang/accent American English.

Beberapa tahun yang lalu, Erra pernah dikritik kerana anaknya tidak fasih berbahasa Melayu dan hanya petah bercakap dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, Erra Tidak mengambil serius mengenai dakwaan tersebut dan menegaskan anaknya masih di peringkat pembelajaran.

BACA  Kontroversi 5 Kes Putus Tunang Selebriti Yang Sukar Untuk Dilupakan