Ramai yang tertanya apakah kesinambungan Marvel sebaik sahaja filem Avengers : Endgame tamat ditayangkan memandangkan pelakon asalnya seperti Chris Hemsworth dan Chris Evans meletakkan titik noktah mereka pada filem terakhir ini.

Meskipun begitu, Marvel sudah menjanjikan filem tunggal Spiderman, Doctor Strange, Black Panther, Captain Marvel,Black Widow dan Guardians of The Galaxy akan diteruskan sama seperti rangkaian ‘MCU Timeline’ yang diumumkan terdahulu.

Angelina Jolie Bakal Berlakon Dalam The Eternals 

Persoalannya kini, apakah yang akan menggantikan Avengers? Terbaharu, Marvel telah mengumumkan satu berita khas dimana pelakon Hollywood terkenal, Angelina Jolie telah disahkan akan menyertai keluarga besar Marvel Cinematic Universe (MCU).

Bintang yang berusia 44 tahun ini dikatakan akan memegang watak sebagai Sersi, salah satu karakter di dalam filem Marvel akan datang berjudul The Eternals.

Penggambaran Pada September 

Mengenai watak Angelina, Sersi merupakan seorang wanita yang dikategorikan dalam golongan ‘Tuhan’ yang begitu berkuasa dan hidup buat sekian lamanya.

Berbanding rakan-rakannya yang lain, Sersi lebih selesa hidup dalam perabadan manusia dan berhijrah meninggalkan bandar tersembunyi ‘The Eternals’. Biarpun begitu, senarai pelakon-pelakon lain masih belum diumumkan dan filem ini dijangka memulakan penggambarannya pada September tahun ini.