Selepas mengukir kejayaan menjadi juara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL33) buat kali kedua berturut-turut menerusi lagu ‘Haram’ duet bersama Dayang Nurfaizah, penyanyi sensasi Hael Husaini nyata tidak menunggu lama untuk menghasilkan buah tangan terbaru untuk para peminatnya.

Masih Bersama Ezra Hasilkan Single Terbaharu

Selepas single ‘juara’ tersebut, Hael meneruskan langkah cemerlangnya dalam industri muzik Malaysia dengan melancarkan single terbaru yang berjudul ‘Hari Ini’. Masih mengekalkan komposer yang sama, dua sahabat ini iaitu Ezra Kong dan Hael sendiri telah bersatu menghasilkan single ini.

Berkenaan ‘Hari Ini’, ianya mengisahkan tentang pasangan suami isteri mengharungi kehidupan rumahtangga dan pada masa yang sama isterinya mengalami penyakit kanser. Suaminya pula berusaha untuk merealisasikan setiap permintaan isteri yang sedang bertarung dengan penyakit kanser itu.

BACA  Naik 8 Kg! Hael Husaini Jawab Isu Badan Kini Semakin Berisi

Dilancarkan Secara Rasmi Di Semua Saluran

Dalam perkembangan lain,rangka promosi untuk lagu ini telah disusun dengan baik oleh pihak pengurusan iaitu Rocketfuel Entertainment dan mereka mengharapkan lagu ini dapat membawa Hael Husaini lebih jauh mungkin ke peringkat antarabangsa .

Lagu ‘Hari Ini’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.