Disebalik rupa paras yang cantik dan kacak, lakonan yang menjadi atau suara yang lunak tersingkap rahsia mengenai selebriti-selebriti Hollywood ini. Manakan tidak, hasil intipan media antarabangsa dan pengakuan selebriti-selebriti ini tersingkap tabiat buruk mereka yang meloyakan!

5 Selebriti Ini Punyai Tabiat Buruk Yang Meloyakan!

Hangat.com rangkumkan tabiat 5 selebriti ini yang ada diantaranya agak extreme! Nasihat kami, pastikan anda tidak membaca artikel ini sambil makan, atau akibatnya kami tidak akan tanggung risiko tersebut.

5Megan Fox Terlupa ‘Flush’ Mangkuk Tandas

Tidak dinafikan Megan Fox merupakan antara pelakon yang begitu cantik di Hollywood. Namun, akuinya dia mempunyai daya ingatan yang lemah sehingga kadangkala mengalami situasi yang menjanggalkan. Sebagai contoh, dia akui terlupa untuk ‘flush’ mangkuk tandas ketika mengunakannya sehingga rakan-rakannya pernah menegur ‘Megan, you totally pinched a loaf in my toilet and didn’t flush.’

4Zaf Efron Tak Suka Mandi!

Mukanya yang seakan bersih mungkin menampakkan dirinya seperti seorang pembersih. Namun, tahukah anda dia sebenarnya seorang yang tidak gemar mandi? Menurut sumber antarabangsa, fakta itu ternyata agak meloyakan kerana Zac gemar bersukan dan bermain bola keranjang. Yang pasti ianya akan mengeluarkan peluh dan bayangkan aktor ini tidak mandi? Fakta lain turut mengatakan bahawa apabila dia terlalu malas, Zac akan membersihkan dirinya hanya dengan tisu bayi.

3Rumah Bintang Gossip Girls Penuh Dengan Sampah Dan Baju Merata-rata

Sumber memberitahu bahawa bintang Gossip Girls telah berkongsi apartment. Di sebalik kekayaan dan kehidupan yang penuh glamour, siapa sangka rumah mereka ini saling tidak ubah seperti sebuah kandang haiwan di mana sampah dan baju berada di merata-rata tempat!

2Orlando Bloom Gemar Memakai Pakaian Yang Sama Selama Seminggu!

Tabiat buruk Orlando Bloom ini mungkin menjadi salah satu faktor mengapa dia dan Miranda Kerr berpisah. Menurut sumber, dia gemar memakai pakaian seperti jeans, baju sejuk, T-Shirts dan stoking yang sama selama seminggu sebelum memasukannya dalam mesin basuh. Tertanya pula kami bagaimana pula dengan seluar dalam Orlando? Adakah turut memakai seluar yang sama selama seminggu? Ewww!

1Jessica Simpson Tidak Gemar Gosok Gigi

Disebalik senyuman cantik dari raut wajah Jessica Simpson sebenarnya terdapat rahsia bagaimana dia mengekalkan kecantikan giginya. Akui Jessica pada Ellen DeGeneres dalam programnya sebelum ini bahawa dia tidak gemar menggosok gigi kerana dia punyai caranya tersendri untuk kekalkan kecantikan tersebut. Menurut Jessica dia akan menggunakan t-shirt atau sesuatu untuk mencuci gigi nya. Biarpun begitu, dia akui mulutnya tidaklah berbau meskipun menggunakan kaedah tersebut.