[VIDEO] Andi Bernadee Jadi Psiko! ‘Donde’ Trending Dalam Tempoh 24 Jam

1.0K

Andi Bernadee yang semakin mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan kini tampil dengan single keempatnya “Donde”. Taruhan terbarunya ini bakal mengukuhkan lagi tempat penyanyi ini sebagai satu-satunya penyanyi lelaki generasi baharu dalam barisan pelapis pejuang muzik urban di arena muzik arus perdana Malaysia.

Menerusi “Donde”, Andi sekali lagi bekerjasama dengan rapper dan penerbit tersohor, Alif yang juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu ini. Lagu ini turut menyuntik elemen muzik latin dalam susunan muziknya. Penggunaan muzik latin ini seiring dengan penggunaan istilah ‘donde’ yang membawa maksud ‘di mana’ dalam Bahasa Sepanyol, sekaligus bertepatan dengan tema pencarian dalam lagu ini.

BACA  Impian Tertunai! Wany Hasrita & Wani Syaz Tampil Dengan Single Duet

Video muzik rasmi “Donde” arahan Azfar Hamidi daripada MTAS Production ini membawakan konsep lelaki psiko yang sedang mencari seseorang. Video muzik lakonan Andi sendiri ini telah memasuki nombor 7 di list trending YouTube kurang daripada 24 jam sejak dilancarkan.

Single “Donde” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 29 MAC 2019 manakala video muzik rasmi “Donde” boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 10 APRIL 2019.