Karier jurusolek artis atau lebih dikenali sebagai MUA (Make-Up Artist) ini semakin mendapat tempat baik pada lelaki mahupun wanita. Malah kini, mereka turut diiktiraf sebagai sebaris selebriti kerana memainkan peranan yang besar dalam menatarias wajah seseorang selebriti itu.

Beli BMW Di Usia 12 Tahun 

Buktinya, lihat sahaja kejayaan MUA yang berasal dari Thailand ini yang dikenali sebagai Pear Paplern. Siapa sangka MUA ini sebenarnya baru berusia 12 tahun dan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya baru-baru ini. Bersempena dengan ulangtahunnya, Pear telah membeli sebuah kereta mewah jenama BMW hasil dari pendapatannya sebelum ini yang menyediakan khidmat solekan pada selebriti, kenamaan dan juga pelanggannya.

Pilihan Selebriti Di Thailand 

Kini, Pear bukan sahaja antara MUA professional yang termuda malah turut dikatakan sebagai antara jutawan jurusolek di dunia.

Sebagai rekod, dia mula ‘terjebak’ dalam dunia solekan seawal usia 3 tahun dan kini antara jurusolek pilihan bagi selebriti terkenal di Thailand selain turut meraih Anugerah Young Role Model di malam berprestij Mthai, sebuah anugerah hiburan di Thailand baru-baru ini.