RODE Wireless GO merupakan sistem mikrofon untuk video tetapi apa yang mengejutkan adalah ia merupakan mikrofon yang terkecil di dunia dengan fungsi sistem wireless memberikan satu konsep versatile.

Foto: Soya Cincau

RODE Wireless GO ini merupakan Receiver/Transmitter (RX/TX) sistem! Modus operandi ini terdapat di dalam sebuah alat yang bersaiz kurang sedikit daripada deck kad! Sistem mikrofon ini merupakan omnidirectional untuk video. Ianya akan di clipkan kepada subjek atau pengguna menerusi mikrofon dan 3.5mm TRS jack wiyer.

Foto: Slash Gear

RODE Wireless GO ini boleh di klipkan dimana-mana sahaja pada badan kamera dan saiznya yang kecil mempermudahkan pengguna untuk klipkannya. RODE Wireless GO ini mampu mengukur kedua-dua jarak dan berat 31g dan mengukur jarak maksimum sehingga 70m dengan kemampuan teknologi Series III Digital 2.4GHz sistem penghantaran!

BACA  Intel Mencari Syarikat Yang Ingin Membeli Perniagaan Modem Telefon 5G

Sistem mikrofon untuk video ini menggunakan bateri LiPo yang mampu bertahan sehingga tujur jam full cas! Mikrofon ini boleh di cas dengan menggunakan USB-C port dan kuasa dari direct cas tersebut akan membekalkan mikrofon tersebut dengan tujuh jam kuasa ketahanan!

Di dalam set kit RODE Wireless GO ini memiliki USB-A, USB-C kabel dan SC2 kabel. Set kit ini di jual dengan harga US$199 atau RM817 dan ia akan tiba di pasaran pada minggu depan di market Amerika Syarikat dan manakala dari segi pasaran global pula ia akan keluar dua bulan akan datang.