Selepas dilihat intim bersama bekas anggota BigBang, Seungri pelakon terkenal Indonesia iaitu Raline Shah turut terpalit dengan kontroversi aktiviti pelacuran penyanyi Korea itu.

Raline Dipanggil Pihak Polis

Terdahulu sekitar 2017, Raline telah dijemput menghadiri acara sambutan hari lahir Seungri yang diadakan di Filipina dan beberapa gambar mereka bersama turut hangat diperkatakan peminat ketika itu. Bagi membantu siasatan terhadap tuduhan Seungri, menurut sumber media Raline turut dipanggil pihak polis Korea.

Nafi Sambutan Hari Lahir Terselindung Sesuatu 

Sejurus selepas itu, Raline menjelaskan kes Seungri itu melibatkan ramai selebriti, namun dia tidak boleh mendedahkan nama-nama yang terlibat memandangkan selebriti-selebriti itu mempunyai peminat yang menyokong karier mereka sejak dahulu lagi.

BACA  Selain Rogol Bergilir-gilir, Seungri Pernah Mengadakan Pesta Terkutuk Ini!

Tambah Pengarah AirAsia Indonesia itu lagi, berkaitan hari lahir Seungri terdahulu tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan berlaku dan acara itu hanya dihadiri rakan terdekat serta keluarga. Dalam perkembangan lain, Seungri bakal berhadapan hukuman penjara selama dua hingga tiga tahun sekiranya didakwa bersalah.