Pekin Ibrahim menjelaskan isterinya, Mona Allen masih belum hamil selepas perkongsian gambar Pekin memegang perut isterinya itu disalah tafsir oleh netizen, Pekin bagaimanapun memohon peminat-peminat mendoakan mereka dikurniakan cahaya mata dengan segera.

“Belum, belum hamil lagi. Minta doakan yang baik-baik. Kami baru sahaja balik Malaysia,” ujar Pekin.

Beberapa hari lepas Pekin memuatnaik sekeping gambar menjadi tanda tanya apabila dia memegang perut isterinya dan meminta orang ramai memberikan kapsyen untuk gambar tersebut.

View this post on Instagram

caption this 😘

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on

Rata-rata pengikut termasuk beberapa rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. Untuk pengetahuan pembaca Hangat.com, Pekin dan Mona berkahwin pada 7 Disember 2018 yang lalu dalam sebuah majlis tertutup.

BACA  [GAMBAR] Inilah Penyanyi Sebenar OST Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Hangat.com mendoakan agar pasangan ini terus bahagia hingga ke jannah dan dikurniakan cahaya mata dengan segera, in shaa Allah, aamiin.