Baru-baru ini, Zizie Izette telah memuatnaik gambar anaknya yang diberi nama Aalisa Belle Izette. Gambar yang telah diambil ketika anaknya berusia 19 hari itu mendapat banyak komen-komen yang positif yang menyatakan anaknya sangat comel.

“Hello Uncles & Aunties! My name is AALISA BELLE IZETTE. I am 44 days old today. This was my first ever photoshoot my mommy had for me when I was 19 days old. Hope u enjoy viewing my few initial photos,” tulis Zizie di Instagram.

Selepas berkongsi gambar photoshoot, Zizie turut memuatnaik foto majlis aqiqah dan cukur jambul cahaya perempuan matanya itu.

“Alhamdulillah selesai sudah sessi 44 hari berpantang serta majlis aqiqah & majlis cukur jambul kecil-kecilan untuk anak-anak tersayang,” tulisnya lagi.

Menurut Zizie juga, anak-anak adalah kurniaan dan anugerah daripada Allah yang sangat berharga buat dirinya. Untuk pengetahuan pembaca Hangat.com Zizie Izette berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009.

BACA  AJL33 Milik 'Haram', Adibah Noor Dedah Rahsia Di Sebalik Keputusan Juri

Hangat.com mendoakan agar Zizie serta suami berkekalan hingga ke jannah dan terus mengecapi kebahagiaan rumah tangga dengan anak-anak yang tersayang, aamiin.