Masih ingat lagi dengan drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih yang pernah disiarkan menerusi TV3 suatu masa dahulu? Sinetron ini mula bersiaran pada tahun 2004 mengambil kisah dari cerita rakyat Indonesia, kemudian diolah semula hingga menjadi sebuah sinetron yang cukup dramatik.

IKLAN

Salah satu watak yang sering membuatkan penonton rasa benci adalah bawang merah (Siska) yang dilakonkan oleh Nia Ramadhani. Umumnya telahpun bernikah dengan Ardi Bakrie, anak bongsu kepada keluarga usahawan iaitu Aburizal Bakrie. Sebagai salah seorang yang terkaya di Indonesia, wajarlah jika keluarga suami Nia Ramadhani itu memiliki hotel lima bintang.

Aburizal Bakrie merupakan salah satu usahawan terkenal di Indonesia yang memiliki syarikat yang mengusahakan di berbagai bidang, tak terkecuali properti atau hartanah.

BACA  Video Bogel Jonatan Christie, Pemain Badminton Kebanggsaan Indonesia Tersebar?

Keluarga Aburizal Bakrie ini memiliki belasan apartment serta hotel. Hotel 5 bintang yang dimiliki keluarga Ardi Bakrie juga tak kalah mewah dan megah.

Di mana agaknya rangkaian  hotel ‘five star’ milik keluarga Aburizal Bakrie? Berikut kami rangkumkan dari laman  Matamata 

1The Groove Suites

Keluarga Ardi Bakrie memiliki hotel 5 bintang yang berlokasi di Jakarta Selatan. Hotel yang beroperasi sejak tahun 2014 ini memiliki 140 unit bilik. Hotel ini berjaya memenangki ‘The Award Excellence Booking.com Guest Review Award 2014’ dari Booking.com pada Mac2015 lalu.

2Pullman Bali Legian Nirwana

Hotel mewah yang berlokasi tak jauh dari Pantai Kuta, Bali ini memiliki fasiliti kolam renang di atas bumbung yang berpanorama terus menghadap ke laut. Di dalam Pullman Bali Legian Nirwana, terdapat tiga bar yang menyajikan berbagai minuman dan makanan menarik.

BACA  5 Pilihan Hotel Yang Terbaik Di Yogyakarta!

3Krakatoa Nirwana Resort Lampung

Krakatoa Nirwana Resort Lampung merupakan penginapan mewah dengan 40 buah bilik dan 32 villa. Hotel 5 bintang ini menyediakan fasiliti seperti kolam renang, ruang tamu hingga beach restaurant.

Itulah tiga hotel mewah milik keluarga suami Nia Ramadhani. Tertarik menginap di salah satu hotelnya?