Pelbagai khabar angin yang menyatakan telefon keluaran Samsung Galaxy Note 10 akan datang tidak memiliki butang fizikal dan manakala khabar angin yang lain pula menyatakan telefon tersebut memiliki dua jenis variasi di mana variasi kedua tersebut di kenali sebagai Galaxy Note 10 Pro.

Foto: Tech Discussion

Selain itu, Ice Universe juga turut memuat naik tweetnya yang bertaip “Note 10 Pro”. Meskipun ianya sekadar kenyataan tetapi pelbagai spekulasi telah berlegar-legar di dalam industri gajet tentang kemunculan telefon baru ini.

Berdasarkan khabar angin yang sedia ada ini, tidak mustahil telefon variasi kedua Samsung Note 10 di kenali sebagai Note 10 Pro dan ianya nama yang sering di guna pakai oleh pengeluar telefon bimbit.

BACA  [VIDEO] Caprice Menentang Cadangan Mufti. Ini Pesannya...
Foto: Gear Open

Berdasarkan barisan Note yang di keluarkan ada sedikit kekeliruan mengenai model series yang di keluarkan kerana kebiasaan variasi telefon Pro keluar dengan model S series.

Bukan itu sahaja, pelbagai persoalan tidak dapat di kenalpasti jika telefon terbaru dari Samsung ini benar-benar tidak memiliki sebarang butang fizikal. Meskipun pelbagai khabar angin dan persoalan yang keluar, kita hanya mampu menanti maklumat rasmi dan kemunculannya di pasaran pada bulan Ogos nanti.