Disebalik kariernya sebagai seorang penyanyi yang berjaya, siapa sangka Samiha @ Aisah binti Omar atau lebih popular dikenali sebagai Misha Omar sebenarnya menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pembaca berita sejak kecil lagi.

Hasrat Ditunaikan 

Hasrat itu didedahkan Misha selepas dia diberi kesempatan oleh pihak Astro Awani yang merealisasikan impiannya untuk membaca berita di saluran televisyen swasta itu. Menurut Misha, dia berterima kasih dan dan berbesar hati apabila pihak Astro Awani mengundangnya untuk membaca berita biarpun untuk seketika.

“Dulu masa kecil pernah juga berangan nak jadi pembaca berita, kalau cikgu suruh baca text berbentuk berita, apa lagi, kau berangan jadi Christine Ling dalam kelas”

Peminat Teruja 

Menerusi perkongsian video pelantun Sampai Bila itu di laman Instagram nya,rata-rata peminat dan rakan artis begitu teruja melihat gaya penyanyi kesayangan mereka itu membaca berita seperti sudah lama berpengalaman.

Malah ada diantara mereka yang berseloroh dengan mengatakan sanggup tonton berita yang dibaca Misha setiap hari. Sedap sungguh suara Kak Mitch bukan?