Sebelum ini, pemilik Instagram yang dikenali sebagak Makcik Puaka telah banyak menyebarkan gosip-gosip sensasi selebriti tanah air. Baik pada mereka yang mahu meningkat naik dan tidak kurang juga selebriti-selebriti popular sehingga ada diantaranya menjatuhkan karier selebriti tersebut.

Fizz Fairuz Mahu Bersemuka Dengan Makcik Puaka 

Terbaharu, pelakon Datuk Fizz Fairuz, 39 memberi amaran buat mereka yang menyebarkan fitnah melibatkan dirinya dimana tindakan undang-undang akan diambil sekiranya tiada pertemuan permohonan maaf dibuat.

Terdahulu, , pemilik Instagram tersebut telah memfitnah Fizz dengan mendakwa pelakon itu ditangkap khalwat bersama pasangannya di Pulau Perhentian baru-baru ini. Sebuah akhbar melaporkan indiviu yang ditangkap tersebut dikatakan bergelar Datuk Seri.Biarpun permohonan maaf telah dimuat naik ‘Makcik Puaka’ menerusi laman Instagram nya, namun Fizz enggan menerimanya malah mahu bertemu secara empat mata dan mahukan tuntutan maaf itu dibuat secara lisan.

BACA  Dituduh Ditangkap Khalwat! Fizz Fairuz Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang?

Rakan Artis Sokong Tindakan Fizz

Dalam perkembangan lain, rata-rata rakan artis seperti Fynn Jamal, Rita Rudaini dan ramai lagi menyambut hasrat baik Fizz yang mahu bersemuka dengan pemilik akaun tersebut.

Bagi selebriti-selebriti ini, tindakan Fizz seharusnya dijadikan sebagai satu iktibar dan tauladan buat mereka yang gemar menyebarkan fitnah dan perkara tidak benar mengenai seseorang individu yang boleh menjatuhkan karier peribadi mereka.

Orang Dalam Industri Hiburan 

Dalam pada itu, menurut Fizz pihaknya telah mengenalpasti 70 peratus daripada identiti sebenar di sebalik pemilik Instagram @makcikpuaka dan dikatakan invididu tersebut merupakan seseorang yang berada dalam industri hiburan.