Hal yang sama berlaku di Malaysia, sebahagian besar masyarakat India masih menolak adegan ranjang dan separuh bogel dalam filem. Namun dengan terus berkembangnya industri perfileman di Bollywood, kebanyakkan pengarah tempatan tidak menjadikan hal itu sebagai halangan untuk menghasilkan sesebuah filem yang terbaik.

IKLAN

Jika sebelum in adegan panas dicap sebagai filem murahan, namun kini para pembuat filem berlummba-lumba membuat filem dengan sisipan adegan panas atau babak ranjang.

Berikut enam filem Bollywood yang menampilkan adegan panas dan meraih kejayaan luar biasa di Bollywood.

1Jism 2

Jism 2 merupakan sekuel dari filem Jism yang dibintangi John Abraham dan Bipasha Bashu. Jism 2 masih diarahkan oleh Pooja Bhatt dan kali ini menghadirkan bekas bintang porno Sunny Leone dengan Randeep Hooda dan Arunoday Singh.

Jism 2 adalah filem layar lebar pertama Sunny Leone yang sebelumnya sangat terkenal sebagai bintang filem porno. Keputusan Pooja Bhatt yang melamar Sunny Leone sebagai bintang utama mencetuskan kontroversi. Terbukti, filem tersebut Sunny tampil sangat berani dan beberapa kali melakukan adegan ranjang.

BACA  Nick Jonas Hadiahkan Priyanka Chopra Kereta Mewah Berharga RM 1.5 Juta!

Filem ini meraih pendapatan US$5.8 juta dengan modal yang hanya US$1.2 juta. Gara-gara filem ini juga, wanita 33 tahun itu kini laris menjadi bintang filem Bollywood dan telah membintangi beberapa buah filem seperti Ragini MMS 2 dan Tina and Lolo.

2Hate Story

Ditayangkan pada 20 April 2012, Filem Hate Story ini dibintangi aktor yang masih asing namanya seperti Nikhil Dwivedi, Gulshan Devaiya dan Paoli Dam. Meski dibintangi muka baru, namun filwm ini meraih box office hingga US$4.2 juta dengan modal US$2.7 juta.

Hate Story ini mengisahkan tentang  percintaan dan pembunuhan yang dirancang dengan rapi. Kavyah Krishna (Paoli Dam) yang memiliki hubungan dengan seorang usahawan kaya, Siddharth Dhanrajgir (Nikhil Dwivedi). Filem ini meraih kejayaan kerana banyak menyajikan adegan-adegan yang cukup berani.

3Heroine

Babak intim Kareena Kapoor dengan Arjun Rampal di filem Heroine membuatkan ramai yang terkejut. Lagi-lagi pasangan ini, Kareena khususnya merupakan aktor ternama dan memiliki reputasi yang baik di mata pencinta filem Bollywood. Walaubagaimanapun, tak kurang juga yang memuji keberanian pasangan ini melakukan adegan intim.

BACA  6 Aktres 'Hot' Bollywood Yang Mati Kerana Bunuh Diri. Ada Yang Terjun Bangunan!

Film Heroine diarahkan oleh Madhur Bhandarkar dan dikeluarkan pada 21 September 2012. Sepatutnya Aishwarya Rai yang memegang watak utama. Namun kehamilan Aishwarya telah membuatkan pengarah menggantikan Aishwarya kepada Kareena Kapoor.

4Agneepath

Agneepath ditayangkan pada 26 Januari 2012 adalah filem yang diulang dengan judul yang sama dirilis pada tahun 1990. Filem ini diarahkan oleh Karan Malhotra dan dibintangi oleh Hrithik Roshan, Sanjay Dutt, Priyanka Chopra, Rishi Kapoor, Om Puri dan Zarina Wahab.

Secara keseluruhan, filem ini mendapat pujian cerita dan penampilan memukau Hrithik Roshan dan Sanjay Dutt. Namun kemesraan antara Hrithik Roshan dan Priyanka Chopra menjadi filem ini luar biasa. Peminat filem Bollywood cukup terkejut dengan adegan mesra pasangan ini. Filem Agneepath meraih kejayaan dengan meraip pendapatan US$34 juta dengan modal US$10 juta.

BACA  Kontroversi Ayat Al-Quran Pada Busana Chanel Antara 11 Fakta Karl Lagerfeld Semasa Hidup

5Murder 2

Dalam filem ini terdapat adegan panas antara Emraan Hashmi dan Jacqueline Fernandez di dalam kereta. Filem yang diarahkan oleh Mohit Suri ini ditayangkan pada 8 Julai 2011 dan mengulangi kejayaan filem sebelumnya, Murder yang dibintangi Emran Hashmi dan Malika Sherawat pada tahun 2004. Filem pertama juga meraih kejayaan luar biasa.

6Jab Tak Hai Jaan

Jab Tak Hai Jaan bukanlah filem seks. Filem yang dibintangi Shahrukh Khan dan Katrina Kaif ini merupakan filem drama romantis yang ditayangkan pada 12 November 2012.

Filem yang diarahkan  oleh Yash Chopra ini menjadi salah satu filem terbaik pada tahun 2012. Dan salah satu adegan yang tak boleh dilupakan  dalam filem ini adalah ketika Shahrukh Khan dan Katrina saling berpelukan dengan bertutupkan selimut.