Umum sedia maklum mengenai pelbagai perniagaan telah diusahakan oleh usahawan selebriti terkenal, Nur Sajat. Antaranya adalah bengkung ,girdle serta yang terkini perniagaan berasaskan emas dan juga salon.

Fail Saman Berjumlah Hampir RM200,000

Terbaharu, salah satu stokis perniagaannya yang dikenali sebagai OWA Resources telah memfailkan satu saman sivil bernilai hampir RM 200, 000 terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Sajat atau nama penuhnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kerana gagal membekalkan produk bengkung dan “girdle” yang telah ditempah dan dibayar oleh stokis itu.

Bakal Dibicarakan Hujung Bulan Ini 

Menurut Owa Resources ketika dihubungi Hangat.com berkata bayaran tempahan barangan tersebut telah dibuat sejak Februari 2018 namun pihak mereka tidak menerima bekalan tersebut.

BACA  [VIDEO] 'Muntah Pun On Point!'- Rakan Artis Kagum Dengan Semangat Fara Fauzana

Tambahnya lagi, rundingan di luar mahkamah telah dibuat namun gagal mencapai kata sepakat sehingga pihak plaintif (Owa ) terpaksa membuat tindakan undang-undang yang akan diwakili oleh peguam mereka, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli. Kes ini akan dibicarakan di Mahkamah sesi Shah Alam pada 24, 25 dan 26 April ini.