Mungkin ada yang mengetahui bahawa OPPO akan membuat pelancaran khas sempena keluaran telefon barunya iaitu F11 Pro. Apa yang specialnya mengenai pelancaran ini adalah telefon ini akan mengeluarkan telefon edisi Avengers dan pastinya ramai gajet hunter tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan telefon edisi terhad ini bukan?

Foto: Nasi Lemak Tech

F11 Pro Avengers Edisi Terhad ini akan di lancarkan pada 24 April semasa tayangan Avengers: Endgame di Malaysia nanti. Dari segi harga pula ianya masih lagi dirahsiakan dan OPPO sendiri akan mengumumkan harganya semasa hari pelancaran akan datang ini.

Foto: Android Authority

Dari aspek reka bentuk, telefon tersebut memiliki rekaan Captain Amerika dengan warna like blue dan logo Avengers di bahagian belakang telefon. Selain itu, kehadiran telefon edis terhad ini juga menawarkan lensa kamera edisi terhad juga.

Lensa yang di tawarkan adalah 48MP lensa kamera serta mempunyai sokongan VOOC 3.0 dan HyperBoost sebagai garisan standardnya.

Bagi meminat Marvel dan Avenegrs pastikan anda menunggu sehimgga 24 April ini untuk mengetahui berapakah harga yang bakal di jual dan dapatkan telefon edisi terhad ini di pasaran!