Minggu hadapan, fenomena baharu dijangka akan tercetus seluruh dunia dengan menyaksikan filem terbitan Marvel yang ditunggu-tunggu, Avengers : End Game akan ditayangkan.

Tayangan Di Malaysia Seawal 7 Pagi 

Peminat di tanah air sedia maklum bahawa dua jenama pawagam ternama akan memulakan tayangan awal pagi pada 24 April 2019 dimana GSC akan menayangkan tayangan seawal jam 7 pagi dan diikuti oleh TGV pada 7.30 pagi.

Namun, kami difahamkan hanya sesetengah pawagam sahaja akan terlibat dalam promosi tayangan awal ini. Ketika pengiktirafan tayangan paling awal di rantau Asia ini didominasi oleh Malaysia, nampaknya ianya tidaklah bertahan lama kerana sebuah jenama pawagam di Indonesia kini merampas kedudukan tersebut.

Cinemaxx Indonesia Tayang Avengers Jam 5 Pagi! 

Menerusi perkongsian yang dibuat, dikatakan Cinemaxx akan menayangkan filem adiwira ini pada jam 5.00 pagi di 12 lokasi mereka yang terpilih.

Malah mereka akan turut menayangkan filem Avengers terbaharu ini secara berterusan selama 24 jam tanpa henti. Kerancakan tayangan ini semakin dirasai apatah tayangannya juga tinggal seminggu sahaja lagi.

Biarpun begitu, Malaysia masih berbangga dengan ‘Avengers Tower’ yang berada di Bangsar Kuala Lumpur. Sebagai rekod, terdahulu lambang Avengers telah bercahaya di Menara TM yang dikatakan mempunyai persamaan seperti Avengers Tower. Adakah tahun ini lambang tersebut akan sekali lagi bercahaya? Sama-sama kita nantikan!