Game of Thrones memang dikenali sebagai salah satu siri dengan penonton tertinggi setakat ini. Jadi tak menghairankan jika setiap pelakonnya ditawarkan gaji yang cukup lumayan. Umumnya, setiap bintang Game of Thrones sendiri tidak mendapatkan gaji yang sama rata, ia bergantung kepada tahap kesulitan watak. Seperti yang dilaporkan menerusi Just Jared, berikut adalah gaji para pelakon “Game of Thrones” hingga musim ke-8.

Emilia Clarke dan Kit Harington Dengan Gaji Sebanyak RM3 Juta

Emilia Clarke

Pelakon Daenerys Targaryen dan Jon Snow ini mengaku bahawa mereka tak menyangka “Game of Thrones” akan menjadi sebuah siri yang besar. Oleh hal demikian, pendapatan yang diterima Emilia Clarke dan Kit Harington pun meningkat seiring dengan populariti siri yang mereka bintangi.

Kit Harington

Dilaporkan, bayaran Emilia Clarke sebesar US$710,000 (sekitar RM3 juta) per episod, manakala Kit Harington juga mendapat bayaran yang sama. Dengan ini, keduanya menjadi aktor dan aktres siri dengan bayaran tertinggi.

Sophie Turner dan Maisie Williams Dengan Bayaran Sebanyak RM872 Ribu

Maisie Williams

Game of Thrones menandakan debut karier bagi pelakon dengan watak dua beradik Stark, Sansa Stark (Sophie Turner) dan Arya Stark (Maisie Williams) ini. Kedua-dua bintang muda ini rupanya mendapatkan bayaran yang sama, iaitu sekitar US$ 210,000 (RM 872,000 ) per episod.

Sophie Turner

Meskipun mendapatkan gaji yang tak sama dengan pelakon yang lain, namun Sophie mengaku tidak menjadikan hal suatu masalah baginya. Menurutnya ada beberapa bintang yang memang mendapat watak yang lebih kompleks dan rumit, serta harus melakonkan proses penggambaran yang extrim.

Lena Headey, Peter Dinklage & Nikolaj Coster-Waldau Dibayar Sebanyak RM2 Juta

Lena Heady

Seperti mana yang diketahui, Lena Headey sudah menjadi aktres paling lama ketika dia mendapatkan watak sebagai Cersei Lannister di Game of Thrones. Hal itu memberi kemungkinan besar bahawa dia mendapat bayaran yang lebih tinggi berbanding dengan pelakon lain saat musim awal siri fantasi tersebut.

Untuk beberapa musim terakhir, Lena dilaporkan menerima bayaran sebesar US$ 500,000 (sekitar RM2 Juta) per episod. Bayaran yang berbeza diterima oleh dua aktor yang memegang watak sebagai adik beradiknya iaitu Peter Dinklage (Tyrion Lannister) serta Nikolaj Coster-Waldau (Jaime Lannister).

Nikolaj Coster-Waldau

Nikolaj Coster-Waldau mendapat bayaran sebanyak US$700,000 (RM 2.8 Juta) per episod manakala Peter Dinklage dibayar sebanyak US$710,000 (RM3 Juta).

Peter Dinklage

Siri Game of Thrones kini telah memasuki musim ke-8 sekaligus menjadi siri terakhir. Sekuel terakhir dari siri kegemaran HBO ini sudah dirilis sejak 14 April lalu. Musim final Game of Thrones sendiri hanya akan berlangsung selama enam episod saja.