Kurang dari 10 hari filem Avengers: EndGame akan ditayangkan namun menurut sumber terdapat sesetengah pihak yang sudah menonton filem terbaharu terbitan Marvel ini.

Footage Tersebar Luas 

Malah sejak semalam, kecoh apabila sebuah suntingan rakaman klip video filem ini (footage) berdurasi lebih dari 1 minit tersebar luas di media sosial.

Berdasarkan rakaman tersebut, ianya dipercayai telah dirakam di Arab Saudi berdasarkan terjemahan sari kata di dalam bahasa Arab. Lebih mengecewakan, ada sesetengah pihak turut memuat naik rakaman tersebut dan ‘memancing’ pengguna yang lain untuk menonton suntingan video tersebut malah kami di Hangat.com turut terkena dan ‘berkesempatan’ untuk menontonnya.

BACA  Trailer & Poster Terbaru Avengers: Endgame Terkandung Pelbagai Rahsia!

Marvel Beri Peringatan 

Sedar akan isu tersebut yang tersebar dan mencetuskan kemarahan peminat fanatik Avengers, Marvel telah satu kenyataan rasminya menerusi pelbagai sumber sosial media dan turut memadam klip yang tersebar.  Menurut Marvel, atas pelbagai usaha yang dikerahkan oleh seluruh produksi, mereka meminta agar peminat yang sudah menonton filem ini kelak tidak akan menyebarkan intipati sebenar kandungan filem ini secara meluas.

View this post on Instagram

#DontSpoilTheEndgame

A post shared by Marvel Studios (@marvelstudios) on

Ini kerana ianya sebagai satu penghormatan buat mereka yang teruja menunggu untuk menonton filem ini. Sama seperti Avengers sebelum ini, Marvel sekali lagi menegaskan #ThanosDemandsYourSilence !

BACA  Watak Black Knight Bakal Muncul Dalam Avengers: End Game?