Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Farah Fauzana Mohd Fadzil, 39 atau lebih dikenali sebagai Fara Fauzana. Biarpun tidak lagi bergelar penyampai radio, namun dia kini aktif mengendalikan rancangan temubual di atas talian popular, Dbilique bersama rakan baiknya, Faizal Ismail.

Jadi Penyampai Radio Suria FM?

Terbaharu, kelibat Fara di stesen radio SuriaFM menimbulkan tanda tanya dikalangan peminat adakah pengacara popular ini kembali bergelar penyampai radio?

Malah menguatkan lagi spekulasi tersebut, Fara turut memuat naik segmen kendaliannya bersama dua orang penyampai radio yang lain iaitu Issey dan Fizi Ali. Menjawab spekulasi berkenaan, Fara akui kini kembali bergelar penyampai radio.

Segmen Khas Bersama Fara 

Namun itu hanyalah untuk tempoh selama lima hari selepas diundang stesen radio SuriaFM bagi sebuah segmen pagi khas kendalian mereka. Terdahulu, penyanyi Izzue Islam turut berpeluang menjadi penyampai radio dimana setiap minggu SuriaFM akan menampilkan beberapa selebriti popular menceriakan slot pagi pendengar setia stesen radio itu.

Teruskan ‘Tradisi’ Ramadhan 

Dalam perkembangan lain, Fara ketika ditemui Hangat.com disesi perkenalan juadah buffet Ramadhan Me’nate Steak di Shah Alam berkata, persiapan menjelang Ramadhan juga sudah dibuat. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, Fara bercadang akan meneruskan aktiviti persinggahan ke masjid-masjid untuk lakukan solat terawih dan akan turut mengedarkan sumbangan makanan ke masjid yang terpilih.