Notre Dame atau Our Lady of Paris merupakan ikonik yang terkenal dan merupakan lokasi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Malah ia juga di senaraikan di dalam UNESCO World Heritage Centre sebagai salah satu khazanah seni bina bersejarah di dunia.

Gareja besar yang terletak di Paris ini menyimpan seribu satu cerita serta khazanah sepanjang penubuhannya. Notre Dame yang mula di bina pada tahun 1163 ini merupakan masterpiece gabungan kemahiran seni bina yang berkonsepkan Gothic serta kemahiran dekorasi yang tinggi.

Gandingan seni bina dan dekorasi yang memukau pandangan ini menunjukkan aspek peradaban serta budaya yang kaya dengan kemahiran seni bina serta artifak yang unik dengan usia yang menjangkau lebih daripada 800 tahun.

Meskipun, Notre Dame hampir musnah di jilat api pada hari isnin (15 April 2019) baru-baru ini. Tetapi artifak dan relik yang bernilai tidak terjejas dek kebakaran tersebut kerana pihak bomba Paris berjaya mengawal kebakaran dan sekaligus sempat menyelamatkan relik dan artifak yang berharga. Ini adalah di antara relik yang terselamat dari kebakaran:

  • Stained Glass (Rose Windows)
  • The Great Organ “Le Grand Orgue”
  • Bells
  • The Crown of Thorns
  • Statues

Semoga pihak kerajaan Perancis dan UNESCO berjaya memulihkan semula khazanah bersejarah ini mengikut seni bina dan struktur rekaan yang sama seperti yang asal dengan bantuan teknologi dan pakar yang terlibat.