Bermula dari Gegar Vaganza 3 dan seterusnya Anugerah Skrin 2018 (ASK), gandingan diantara Elly Mazlein dan Shuk Sahar ternyata mencuit hati. Malah dek kerana keserasian antara kedua-dua selebriti ini, mereka sering kali digandingkan bersama dalam kebanyakan acara.

Selesa Dengan Panggilan Papa & Mama 

Biarpun begitu, terdapat sedikit isu yang timbul apabila peminat mula tertanya-tanya apakah keistimewaan hubungan mereka sehingga saling menggelarkan diri antara satu sama lain sebagai ‘Papa dan Mama’ malah tidak kurang ada yang cuba mempertikaikannya memandangkan status Shuk sebagai seorang suami dan Elly sendiri merupakan seorang ibu tunggal.

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, kedua-dua selebriti ini akui wujudnya keserasian diantara mereka berdua malah tidak menolak mudah untuk bekerjasama memandangkan saling mengenali antara satu sama lain.

BACA  Masuk Hospital! Amyra Rosli Jawab Dakwaan Hamil Anak Kedua

Sudah Minta Kebenaran Isteri Shuk 

Namun begitu, menurut Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom dikalangan peminatnya, panggilan tersebut hanyalah diatas dasar kerja dimana peminat juga mula sinonim dengan panggilan tesebut dengan mereka. Tambah Elly lagi ketika ditemui Hangat.com berkata, bagi mengelakkan salah faham dikalangan peminat dan juga orang terdekat Elly sendiri sudah menghubungi isteri kepada Shuk untuk memanggil rakannya itu sebagai ‘Papa’.

“Sebenarnya panggilan Papa Mama ini bermula dari ASK. Kami akui keserasian itu mudah diantara kami memandangkan saling mengenali. Bagi Kak Lina (Elly), panggilan Papa itu pun mendapat restu dari isteri Shuk apabila Kak Lina sendiri menghubunginya. Namun apa pun ianya hanyalah atas dasar kerja dan masing-masing tahu akan batas dan profession masing-masing”

Dilantik Menjadi Ikon Restoran 

Dalam perkembangan lain, Elly dan Shuk telah dilantik menjadi ikon bagi sebuah restoran makanan barat terkenal, Me’nate bagi edisi Ramadhan.

BACA  Tahniah! Shuk Sahar Juara Super Bintang Bersama Bintang 2019

Menurut kedua-dua selebriti ini, mereka bersetuju untuk menjadi ikon kepada restoran ini kerana gemar makan di restoran ini. Biarpun terikat dengan pelbagai jadual dan komitmen, baik Shuk mahupun Elly menganggap peluang ini sebagai satu penghormatan besar buat mereka sepanjang bergelar anak seni.