Pagi rabu yang cukup gembira buat pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam apabila menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga mereka.

Selamat Lahirkan Bayi Perempuan 

Berita gembira itu dikongsi pasangan ini pada pagi tadi apabila Syatilla dikhabarkan telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada jam 9.15 pagi.

Kongsi Syatilla, dia telah melahirkan seorang bayi perempuan dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat. Malah pelakon itu sempat berseloroh dengan mengatakan sempat membuat ‘tutorial’ solekan di dalam bilik pembedahan.

BACA  Dagu Anak Shaheizy Sam dan Syatilla Curi Perhatian Netizen. Ada Apa?

Berkongsi Tarikh Lahir Dengan Ibu Sam 

Lebih manis, tarikh kelahiran anak kedua pasangan ini turut berkongsi sama tarikh dengan ibu Sam yang juga pelakon, Khaty Fauziah.

Menurut Khaty, kelahiran cucunya itu merupakan hadiah hari lahir yang cukup bermakna pada tahun ini apatah dapat berkongsi tarikh lahir yang sama. Sam dan Syatilla telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syeriv Samheizy yang kini berusia 2 tahun.

BACA  Tahniah! Azlan Typewriter Lancar Serentak Lagu & Produk Minuman Isotonic