Sejak beberapa hari yang lalu, pelakon Zara Zya telah berkongsi perasaan sedihnya bersama pengikut di Instagram apabila dia dikecam hebat oleh sesetengah pihak di media sosial.

Netizen Anggap Zara Zya ‘Sudah Tidak Laku’

Buat peminat setianya sudah sedia maklum bahawa Zara sememangnya sudah lama terlibat dalam bidang perniagaan. Namun hanya kerana minatnya itu, ada pihak yang telah menyalah anggap niatnya  dan turut meninggalkan beberapa komen negatif yang memberi kesan kepada emosi pelakon ini.

View this post on Instagram

Hina sgt ke kalau saya nak meniaga? Tak tau la kenapa, tapi ayat yg dia tulis tu betul2 buat saya sedih sgt… Saya sedar saya ni bkn hebat sgt meniaga. Tapi apa salah saya? Siap ckp pasal family saya. . Kalau kritikan tu utk saya je, saya blh terima, tapi bila sentuh bab family, memang saya sedih sgt. . . Saya takkan lupa betapa susahnya parents saya cari rezeki siang malam untuk bagi kami adik beradik makan, pakai dan pelajaran yg cukup. Ni la masa utk saya balas balik utk parents saya. . Saya kena tipu, bkn org tau. Saya tak tido pun takde sapa tau. Takkan saya nak canang cerita pulak kesusahan saya? . Produk saya tu tak haram. Sampai hati ckp mcm tu. Kalau berani, jumpa saya depan2 lah. Apa yg dia sakit hati sgt dgn saya? 😢 . . Bila jadi mcm ni, saya jadi tak kuat 😭 #trimzshottakharam #trimzshot #sayatakkuat @zarazyahq.beauty

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Menangis Kerana Sedih 

Lebih menyedihkan, Zara menangis kerana tertekan dengan kecaman-kecaman tersebut yang dianggapnya sebagai melampau sehingga turut membabitkan karier dan keluarganya. Dalam perkongsian itu kelihatan sebuah video yang dimuatnaik Zara atas perkongsian sahabatnya sebelum ini.

View this post on Instagram

Apa perasaan korang kalau tiap hari ada je yg caci maki korang? Bertahun2 saya tahan, saya packing produk sendiri, pegi pos sendiri, tulis form pos sendiri, kena tipu psl meniaga, kena tipu psl lakonan, produk tak jalan, promote berhari2 tapi takde sales, semua saya dah rasa. Org nampak yg senang je, ingat saya kaut untung atas angin je. Ada juga org yg dah kaya ada pengalaman jual produk mcm2, dok mengata saya. Padahal saya tak jual sama produk dgn dia pun. Dengki sgt dgn saya knp? Saya berlakon pun bkn bagus sgt dan tak mungkin saya nak berlakon sampai tua. Apa lg yg saya pandai buat, bisnes je lah. Ramai org ingat saya kuat tapi kalau dah kerap sgt mcm ni, saya pun down jugak. Saya jual lipmatte org kata bibir tak cantik pun nak jual lipmatte, saya jual lens org kata saya tiru org lain meniaga. Saya jual trimzshot, org kata dah kurus tak pyh la nak menipu. . . Sampai kata semua yg saya jual tu haram. 😢 Kali ni saya rasa nak mengadu dgn followers saya. Saya nak tanya followers saya, salah ke saya berniaga? . #trimzshottakharam #trimzshot #trimzshotbyzarazya @zarazyahq.beauty

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Jelas Zara niatnya hanyalah untuk mencari rezeki sampingan kerana dia percaya suatu hari nanti dia akan meninggalkan dunia lakonan itu.

Enggan berputus asa dan mengalah, bagi Zara kecaman tersebut hanyalah sementara dan dia akan terus berniaga selepas mendapat sokongan daripada rata-rata peminatnya. Semoga lebih tabah dan terus sukses didoakan buat Zara Zya!

BACA  Pengarah Terkenal Mamat Khalid Kritikal Di ICU