Bayangkan mereka yang cantik atau kacak rupawan di sosial media sebenarnya seorang manusia yang biasa-biasa sahaja. Tetapi apabila di pentas sosial media dan berhadapan dengan kamera lain pula jadinya!

Foto: Sellf

Mereka ni sanggup ‘all-out-energy’ mereka apabila melakukan Live-streaming. Nak senang cerita para-para Live-streamers ini semua sanggup mengenakan make-up untuk nampak luar biasa hebat di lensa kamera.

Foto: Bored Panda

Tidak cukup dengan itu, live-streamers ini juga menggunakan filter kamera yang berteknologi tinggi. Almaklum, sekarang ini mudah saja nak dapatkan barang-barang elektronik yang murah-murah ni jika kena dengan gayanya!

Dengan pelbagai filter serta kemahiran make-up yang gempak, mudah saja masyarakat atau follower yang menonton live-streaming tersebut tertipu dengan paras rupa yang palsu.

Ada siapa-siapa yang buat macam tu ke?