Jika Malaysia mempunyai Dato Sri Siti Nurhaliza dan Neelofa sebagai artis yang mempunyai jumlah pengikut paling ramai di Instagram, pasti ramai yang tertanya bagaimana pula dengan industri di Korea?

Lisa Paling Popular Di Korea

Menurut sumber media di negara itu, salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Lisa telah diiktiraf sebagai selebriti Korea yang mempunyai jumlah pengikut yang paling ramai di Instagram. Siapa sangka, biarpun Lisa baru sahaja membuka akaunnya itu pada tujuh bulan yang lalu, namun sehingga kini, penyanyi yang berasal dari Thailand itu mencatat 17.7 juta pengikut di laman sosial itu.

Kalahkan Anggota EXO 

Bukan itu sahaja, malah Lisa turut mengatasi populariti selebriti Korea yang lain termasuk ahli kumpulan K-pop Exo iaitu Chanyeol,meraih seramai 17.4 juta pengikut yang kini menduduki tempat kedua di belakang Lisa.

BACA  Takziah Diucapkan Kepada Keluarga Linda Rafar Atas Pemergian Ibu Tersayang

Ramai yang beranggapan bahawa tahun 2018 dan 2019 merupakan tahun yang begitu cemerlang buat kumpulan Blackpink!