Ada saja kisah pasangan usahawan selebriti terkenal, Dato’Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof yang memberi inspirasi buat masyarakat di luar sana. Baik dari segi perniagaan yang diceburi mereka atau hubungan kekeluargaan, perkongsian tersebut begitu menarik perhatian apatah lagi Datin Vivy atau lebih dikenali sebagai Vivy sering kali memuat naik video rakaman rutin harian di laman YouTube dan Instagram nya.

Rancang Kejutan Istimewa Buat Suami 

Ini termasuklah perkongsiannya mengenai sambutan hari lahir Fadza yang berlangsung baru-baru ini. Menurut Vivy, suaminya itu seorang yang ‘low-profile’ dan untuk meraikan sambutan hari lahirnya, parti secara besar-besaran jelas sekali bukan pilihan utamanya. Oleh itu, Vivy yang juga ‘co-founder’ FashionValet telah merancang sesuatu yang lain dari yang lain dan cukup mengharukan!

BACA  Gara-Gara Bertudung Di Kelantan, Nur Sajat Bakal Disaman?

Pelbagai Kejutan! 

Manakan tidak, bermula dengan kejutan makan malam bersama-sama rakan karib Fadza, Vivy turut menghadiahkan suaminya itu dengan sebuah kereta idamannya sejak sekian lama.

Menyusuli perancangan , ahli keluarga dan sahabat terdekat turut membuat kejutan sambutan hari lahir Fadza di kediaman mereka yang diadakan serba sederhana dan cukup meriah!

Tidak cukup dengan itu, Vivy turut menghadiahkan kesemua pekerja mereka sekotak kek pisang yang diimport khas! Menurut Vivy, kek tersebut merupakan kegemaran suaminya dan bersempena dengan hari lahir insan yang begitu istimewa buatnya, usahawan ini turut berkongsi kegembiraan tersebut buat seluruh kakitangan. Bertuah dapat isteri macam Vivy bukan? Selamat hari lahir diucapkan buat Fadza dari kami di Hangat.com!

BACA  Tahniah! Afiq Muiz Selamat Bernikah Dengan Pelakon Baharu