Majalah berita antarabangsa, TIME Magazine hari ini telah mengeluarkan senarai penuh 100 individu paling berpengaruh di dunia. Pengiktirafan tersebut diberi kepada 100 individu ini berdasarkan sumbangan dan profil mereka yang pelbagai menerusi bidang masing-masing.

TIME Iktiraf Captain Marvel 

Dalam senarai tersebut, beberapa individu ternama telah mencuri perhatian termasuklah mereka yang diiktiraf di dalam kategori ‘artist’. Seramai 17 orang selebriti telah tersenarai seperti Dwayne Johnson, Kumpulan BTS, Ariana Grande dan Rami Malek.

Malah penangan filem Captain Marvel dan Avengers akan datang turut mengiktiraf Brie Larson sebagai salah seorang dari 100 individu paling berpengaruh. Lady Gaga dan Taylor Swift pula merupakan dua artis yang tersenarai dalam kategori ‘icon’

BACA  [VIDEO] Nasihat Padu Caprice Mengenai Pergaduhan PA Nur Sajat & Pekerja Farmasi

Tun M Tersenarai 

Sesuatu yang membanggakan buat Malaysia, apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tersenarai bersama beberapa nama besar lain dalam kategori pemimpin paling berpengaruh, disamping Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Presiden China Xi Jinping, PM New Zealand, Jacinda Adern dan

“Untuk berjuang, anda tak semestinya muda” – TIME

Undian bagi Time 100 bagi tahun 2019 bermula sejak 27 Mac dan ditutup secara rasmi semalam.