Emma Yang seorang prodigy yang berusia 14 tahun ini merupakan si genius dalam bidang coding dan dalam masa yang sama Emma juga merupakan pengasas sebuah aplikasi yang di kenali sebagai Timeless.

Emma Yang yang merupakan pemenang bagi ‘Award-Winning Innovator’ dan salah seorang pelajar di dalam bidang STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics).

Emma juga datang daripada ahli keluarga yang menghidap penyakit Alzheimer, neneknya menghidap penyakit ini justeru itu, demi untuk membantu neneknya, Emma menggunakan kemahiran coding yang di miliki untuk mencipta aplikasi Timeless ini.

Hasil daripada ciptaannya itu sekaligus dapat membantu para pesakit Alzheimer yang lain dapat menjalani kehidupan yang lebih baik, meskipun menghidapi penyakit tersebut.

BACA  Platform Google+ Telah Mula Di Tutup Pada Tahun Ini
Foto: Trend Hunter

Emma telah memulakan usahanya ini sejak Emma berusia 12 tahun lagi. Dari usia yang terlalu muda ini memiliki impian dan cita-cita yang tinggi! Tetapi sayang ramai yang memandang remeh tentang idea yang di lontarkan oleh Emma.

Foto: Via Getty Images (Emma Yang, Founder, Timeless, speaks during the Misk Talk event on March 28, 2018 in New York, in concurrence with the US visit of Crown Prince Mohammed bin Salman of Saudi Arabia.
The Misk Foundation, a non-profit, was established by the Crown Prince in 2011 to empower Saudi youth through cultivating learning and leadership. / AFP PHOTO / EDUARDO MUNOZ ALVAREZ (Photo credit should read EDUARDO MUNOZ ALVAREZ/AFP/Getty Images)

Meskipun begitu, Emma tidak berputus asa dan berusaha mencari dana bagi menjalankan projek besarnya itu. Dan kini, Emma telah membuktikan bahawa cita-cita serta impiannya telah terlaksana.

Foto: Flickr

Kini penghasilan aplikasi Timeless merupakan hasil titik peluh seorang gadis yang berusia 14 yang tidak jemu-jemu berusaha mencapai matlamat yang di impinya sejak berusia 12 tahun lagi!

Emma Yang, pastinya akan menjadi salah satu peneraju utama di dalam industri teknologi dan membawa gelombang baharu untuk generasi muda!