Kini telefon bimbit Honor 20 Lite telah secara rasminya berada di pasaran Malaysia dan akan mula dijual pada minggu depan! Telefon yang di keluarkan oleh Honor ini di lihat di dalam kategori mid range yang dijual pada harga RM949 sahaja!

Foto: Nasi Lemak Tech

Honor 20 Lite tampil dengan triple lensa kamera yang merangkumi 24MP f/1.8 bagi kamera pertama. Manakala kamera yang kedua memiliki 8MP f/2.4 dan kamera yang ketiga memiliki 2MP f/2.4.

Foto: Lowyat.net

Bagi lensa kamera di bahagian hadapan telefon pula memiliki 32MP yang disokong dengan sentuhan dew-drop-notch.

Honor 20 Lite memiliki skrin yang berkeluasan 6.21 inci dengan Full HD+ display. Ia juga menggunakan cip daripada Kirin 710. Telefon ini memiliki 4GB RAM dengan 128GB kapasiti storan dalaman.

Foto: Hitech Century

Dari segi bateri pula, ia memiliki 3400mAh tenaga bateri. Selain itu, telefon ini juga mempunyai fungsi pengesan cap jari di bahagian belakang telefon bimbit dan audio jack yang berukuran 3.5mm. Manakala charging port yang digunakan bagi telefon ini adalah Micro-USB port.

Kini telefon ini boleh di dapati pada 24 April di seluruh outlet telefon bimbit di seluruh Malaysia dengan harga RM949 dan telefon ini juga di datangi dengan dua warna pilihan iaitu Phantom Blue dan Phantom Red!

Dan bagi yang ingin membeli secara dalam talian, anda boleh dapatkannya menerusi Shopee dan stor online milik Honor pada tarikh yang sama nanti.