Siapa sangka, drama ‘Nur 2’ pula menjadi drama viral pada tahun ini sehingga menimbulkan pelbagai kemarahan netizen terhadap segelintir watak menerusi drama tersebut. Jika tahun lepas, drama Nur viral di media sosial, kini giliran ‘Nur 2’ pula menjadi drama pilihan netizen.

Selain Azhan Rani dengan watak Ustaz Madi, watak yang buat ramai geram adalah dilakonkan oleh Azar Azmi, sebagai Juita. Membawa watak antagonis, Azar juga dipuji berjaya membawa watak yang diberikan sebagai pelacur.

Terbaru, Azar telah memuatnaik sebuah video sedutan dari drama tersebut di Instagram. Kapsyen yang ditulis pada video itu telah menimbulkan kemarahan dikalangan pengikutnya.

Di ruangan komen juga, watak lakonannya menerusi drama Nur 2 turut dikecam. Mana taknya, lakonan Azar sebagai Juita cukup menjadi sehingga ramai yang terbawa-bawa dengan emosi terlalu benci dengan Juita.

Drama tersebut kini sedang hangat bersiaran dan sering trending setiap episod yang ditayangkan di laman media sosial. Selain Azar, Nur turut dibarisi pelakon seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azhan Rani, Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, dan ramai lagi.