Peminat sedia maklum bahawa drama Nur 2 kini sedang hangat ditayangkan apatah lagi drama yang mencetuskan fenomena nya itu kini memasuki fasa kedua tayangan sebelum ianya tamat pada minggu hadapan.

Wajah Pelakon Nur Dipergunakan 

Boleh dikatakan penonton yang menonton drama yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis di slot Samarinda, TV3 itu akan beremosi melihatkan watak pelakon-pelakon utamanya, Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam, Amyra Rosli sebagai Nur, Azar Azmi sebagai Juita, Noorkhiriah sebagai Aisyah dan Azhan Rani memegang watak sebagai Ustaz Hamadi.

Namun begitu, disebalik fenomena yang tercetus terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah mempergunakan sesetengah daripada pelakon-pelakon ini.

Azhan Rani Kecewa 

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Azhan menerusi laman Instagram nya dimana terdapat peniaga produk cuba mengambil kesempatan atas populariti drama tersebut. Menurut Azhan, peniaga itu telah mempergunakan wajah dia dan Noorkhiriah dengan cuba mempromosikan produk miliknya.

Tegas pelakon pembantu pilihan DFKL 2019 itu, tidak salah sekiranya peniaga itu meminta izin untuk menggunakan wajahnya, namun dia khuatir sekiranya wajah dia terus dipergunakan dan sebarang kerosakan mahupun masalah yang terdapat pada produk itu akan menjejaskan nama baiknya kelak.

Malah Azhan sempat berseloroh dengan mengatakan pada fikirannya sebelum ini hanya watak Ustaz Hamadi sahaja yang teruk namun disebaliknya masih terdapat segelintir yang tergolong dalam kelompok itu.