Menerusi artikel kami terdahulu, terdapat satu laporan antarabangsa mengatakan penyanyi antarabangsa Britney Spears telah mendapatkan rawatan pemeriksaan mental .Namun terbaharu terdapat pendedahan yang mengejutkan mengenai penyanyi ini dimana dia bakal berhadapan dengan maut sekiranya tidak menjalani rawatan tersebut serta turut disusuli dengan #FreeBritney. Ramai yang tertanya apakah maksud #FreeBritney sehingga tular.

Britney Batalkan Persembahan 

Terdahulu, Britney telah jalani rawatan mental selepas dikatakan tertekan dengan keadaan bapanya, Jamie Spears yang mana kesihatannya di tahap krisis. Malah, penyanyi itu turut memuat naik sebuah status di laman Instagram nya selepas sekian lama menghilangkan diri seketika (hiatus). Dalam status nya itu, Britney memohon maaf untuk berehat seketika dalam industri seni kerana ingin menumpukan perhatian pada keluarganya malah turut membatalkan persembahan albumnya, Britney : Domination.

Bukti Audio Keadaan Sebenar Britney Didedahkan 

Dalam perkembangan lain, pelawak dan pencipta podcast Britney’s Gram iaitu Tess Barker dan Barbara Gray, mendedahkan pada Selasa yang lalu mereka telah menerima sebuah rakaman audio dari seseorang yang bekerja di pusat rawatan Britney.

” Hi, saya tak boleh dedahkan siapa saya. Saya cuma terdengar pada episod yang lalu bahawa anda bercakap sesuatu mengenainya (Britney). Apa yang berlaku benar-benar mendukacitakan. Pada dasarnya, Britney sedang menjalani latihan untuk Domination. Namun, Jamie (bapa Britney) tersedar bahawa Britney tidak mengambil ubatnya seperti yang disarankan dan telah hilang banyak dos ubat tersebut kerana mengabaikannya.

Oleh itu, mereka telah membawanya berjumpa dengan doktor dengan saranan “baiklah, jika anda tidak mahukan ubat ini, kita akan dapatkan yang baharu. Namun, Britney tetap enggan mengambilnya sehingga membuatkan Jamie bertegas ” Samada ada kamu ambil ubat ini atau persembahan tersebut dibatalkan. Saya bersusah payah untuk menyokong kamu tetapi kamu enggan melakukannya”

Jamie Batalkan Persembahan Britney 

Menurut sumber audio itu lagi, Britney bertegas untuk tidak mengikuti arahan bapanya sehingga membuatkan Jamie benar-benar mengotakan janjikanya itu dengan membatalkan persembahan tersebut. Tambah sumber itu, keputusan tersebut bukanlah hasrat dari penyanyi itu sebaliknya dilakukan oleh bapanya. Sebagai rekod, Jamie telah menjadi ‘penjaga’ Britney sejak 2008 lagi. Pelbagai kontroversi dikaitkan dengan perilaku Jamie yang terlalu tegas termasuklah dari segi kewangan, peribadi seperti keputusan Britney boleh berkahwin dan termasuklah keizinan untuk bergambar bersama penyanyi itu.

Rata-rata peminatnya berasa kasihan kerana Britney seolah-olah terkongkong dengan situasi tersebut sehingga membuatkan dia mengalami tekanan perasaan yang melampau.