Terlalu banyak yang mahu dibicarakan tentang drama Nur 2, karya pengarah popular Shahrulezad Mohameddin yang berjaya mencetuskan fenomena luar jangkaan dalam kalangan peminat drama tempatan.

Sedikit berbeza dalam drama Nur 2 terbaru ini, salah satunya terdapat barisan wajah pelakon baru yang berbakat. Selain pelakon Azar Azmi memegang watak sebagai Juita yang muncul menjadi orang ketiga yang menggangu rumah tangga Adam Nur, ada lagi pelakon yang berjaya mencuri perhatian penonton.

View this post on Instagram

Saya takkan putus asa Ecah.. @khiriah17

A post shared by Sefik Khair (@sefikkhair) on

Sefik Khair

Aktor tampan bernama Sefik Khair ini turut memegang watak kecil sebagai anggota polis  di sebuah Penjara di mana Ustaz Hamadi ditahan. Walaupun tidak banyak muncul dalam setiap episod, namun ramai yang berteka-teki apakah niatnya mahu mendekati  Aishah yang dilakonkan oleh Norkhiriah.

Siapa sangka, Sefik bukanlah asing dalam dunia lakonan. Model ini pernah bergandingan dengan pelakon Datin Diana Danielle menerusi drama Mencari Maradhatillah. Berbeza dengan penampilannya yang sering beruniform dalam Nur 2, Sefik boleh dikatakan antara selebriti yang gemar berfesyen dan kadang kala terlajak seksi!

Berikut 10 gambar kacak Sefik, aktor baru juga seorang model yang berlakon dalam drama Nur 2, seperti yang  dihimpun dari Instagram peribadinya, @sefikkhair.

Jatuh hati dengan Sefik? Jangan lupa saksikan lakonannya dalam Nur 2 sebagai Kamal yang ditayangkan di TV3, setiap Isnin hingga khamis, jam 10 malam. Selamat menonton!