Pada 30 Mac yang lalu, Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada Aidil Aziz dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di kampung halamannya di Perlis. Majlis persandingan di sebelah keluarga pengantin perempuan dilangsungkan pada hari yang sama, manakala acara bertandang pula diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.


Ia perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk pelakon jelita itu. Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada tahun 2012 dan bercerai pada Januari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

“Ada orang menghubungi suami dan juga keluarga untuk menaja majlis perkahwinan #aidilfasha bernilai RM200,000. Terima kasih banyak-banyak. Tetapi ‘mood’ untuk (mengadakan) majlis (kahwin) macam sudah habis. Lagipun, (kami) rasa malu sebab tajaan itu agak besar nilainya,” kata Fasha kepada BH Online.

Fasha berkata, individu terbabit menghubungi suaminya dan keluarganya untuk menaja sebuah lagi majlis perkahwinan di ibu negara, namun dia menolak secara baik. Hangat.com mendoakan perkahwinan Fasha berkekalan hingga ke jannah, aamiin.