Sebelum ini, begitu banyak cerita yang tidak sahih mengenai krisis penyanyi Syafiq Farhain dan ibu tirinya, Juriah @ Julia Bachok sedangkan hubungan kekeluargaan mereka tidak ada masalah.

Menurut Julia, kes yang pernah tercetus sebelum ini hanyalah melibatkan arwah Saleem dan sebuah syarikat rakaman yang menggunakan namanya dalam promosi album juga menyanyikan lagu-lagunya.

View this post on Instagram

Caption me please 🤪

A post shared by SYAFIQ FARHAIN (@syafiqfarhain) on

“Saya kesal apabila sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan nama Saleem untuk mengaut keuntungan, sedangkan saya dan anak masih ada untuk mendapatkan keizinan. Mereka boleh menggunakan nama Iklim tapi tidak pada nama Saleem”- tegasnya.

Terdahulu, sebuah album kompilasi menggabungkan arwah suaminya dan Syafiq dibuat tanpa kebenaran, seminggu selepas Saleem menghembuskan nafas terakhir, Oktober tahun lalu.

BACA  Selebriti Tanah Air Tak Senang Duduk Kerana Akaun Media Sosial Ini

Dikecam Netizen

Hal ini menyebabkan hubungan mereka berdua agak terjejas. Lebih mengecewakan, Julia terpaksa berdepan dengan kecaman berbagai tuduhan tidak berasas di media sosial dari netizen. Walaubagaimanapun, Julia akui tidak mengambil pusing, dan sudah lama bersedia dengan kecaman

“Kalau melampau sangat, saya akan block (sekat) akaun tersebut’- jawabnya dengan ringkas.

Tak Pernah Lupakan Syafiq Farhain

Julia ditemui ketika sidang media Showcase Supernova of The Legendary di G Tower, Kuala Lumpur. Showcase ini diadakan sebagai penghargaan buat bekas vokalis Iklim itu, persembahan terbabit bakal menampilkan 15 penyanyi berbakat.

Bertanya mengenai adakah Syafiq Farhain akan bersama-sama membuat persembahan Showcase Supernova of The Legendary,   ini jawapannya;

“Saya tidak pernah mengetepikan Syafiq, Salju’s Entertainment, sebagai penganjur konsert tribute ini, ada menghubungi Syafiq menerusi seorang rakan. Syafiq sudah pun menyatakan persetujuan untuk menyertai konsert ini”- jelasnya

Supernova of The Legendary ialah kesinambungan konsert jelajah yang pernah arwah Saleem persembahkan sebelum meninggal dunia. Kata Julia, ia menjadi impian arwah mahu menjelajah seluruh negara, termasuk Indonesia. Turut menampilkan anak bongsu arwah, Amirul Saleem, showcase ini berharap akan mengubat kerinduan peminat terhadap penyanyi bersuara emas ini. Anda boleh berkunjung ke Instagram @Aku_Saleem untuk mendapat update terbaru mengenai showcase ini.

BACA  Ezuwan Ismail Jawab Sindiran Suara Seperti Tercekik Sudu